Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Saturday, July 24, 2010

PROGRAM CABARAN DUNIA BARU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Sebentar tadi telah berlangsung PROGRAM CABARAN DUNIA BARU yang telah dianjurkan oleh Exco Akademik yang diketuai oleh Fazidatul Aida Mat Yazid. Jika pada tahun-tahun sebelum ini program sebegini diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU), pada tahun ini program ini berlangsung di Blok Othman 01 kerana DKU digunakan untuk majlis konvokesyen.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fuad Husaini, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) dan diadakan bertujuan untuk mengalu-alukan serta menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru FUHA baik pelajar diploma mahupun ijazah. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para senior dan junior untuk saling mengenali antara satu sama lain. Selain sesi perkenalan, para pelajar baru turut diberi kesempatan untuk membuat persembahan yang telah menarik perhatian para senior. Tahniah kami ucapkan dan kami amat mengharapkan komitmen yang diberikan akan berterusan untuk kelangsungan kita di masa hadapan.

Majlis turut diselitkan dengan sesi perbincangan di antara pimpinan FLAIRSOC dengan FLAIRIANS yang mana membincangkan berkaitan pakaian rasmi pelajar untuk hari Rabu yang mana majoriti pelajar memilih untuk memakai pakaian hitam dan putih beserta blazer pada hari tersebut. Harapan kami semoga para FLAIRIANS dapat mematuhi etika pemakaian baru yang telah sama dipersetujui ini yang akan berkuatkuasa pada awal Ogos 2010. Antara lain, turut dibincangkan adalah berkaitan layout FLAIRSOC yang akan diberikan secara percuma kepada FLAIRIANS yang telah melunaskan yuran persatuan. Turut dibincangkan adalah persetujuan untuk mendapatkan t-shirt persatuan. Sambutan yang diberikan nyata amat menggalakkan dan kami amat berharap projek ini akan berjaya.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi fotografi mengikut kelas.

0 comments: