Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Saturday, February 26, 2011

Pilihanraya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. :-)

Harapan saya agar anda yang sedang membaca berada dalam keadaan yang baik dari segi fizikal dan emosi, InsyaAllah. Pada entry kali ini saya akan bercerita tentang Pilihanraya untuk memilih Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) dan juga pemilihan pimpinan baru FLAIRSOC untuk sesi 2011/2012. Untuk makluman, pimpinan FLAIRSOC sesi 2010/2011 telah dibubarkan pada 16 Februari yang lalu. Namun, saya bukanlah gila pangkat untuk terus merebut kuasa lalu terus tanpa segan silu mengupdate blog ini. Saya terus di sini sementara menunggu pilihanraya untuk memilih pimpinan baru dijalankan dan Exco Publisiti yang baru dilantik. Apabila itu selesai, maka tugas saya turut selesai dan saya akan serahkan tugas ini kepada yang berhak.

Untuk makluman, Pilihanraya untuk memilih Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UniSZA sesi 2011/2012 telah dijalankan pada hari Isnin 21 Februari 2011. Pada tahun ini, tiada calon FUHA yang bertanding untuk kerusi umum yang menyaksikan saudara Isa mendapat undian tertinggi. Walaubagaimanapun, terdapat 3 orang calon yang telah bertanding bagi merebut 2 kerusi Fakulti iaitu Ahmad Fikri Arif ( diploma semester 4), Dayana Binti Hj Chaco (Diploma Semester 4 dan Sri Morgana A/P Gopal. Keputusan pilihanraya yang diumumkan pada malam harinya menyaksikan kemenangan berpihak kepada Saudara Fikri dan Saudari Dayana atau lebih dikenali dengan nama Dian. Tahniah diucapkan dan semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan baik untuk kebajikan dan keharmonian kita bersama.

Sebelum Pembubaran FLAIRSOC 2010/2011 mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi telah melantik jawatankuasa pilihanraya yng diketuai oleh Saudara Mohd Roshairee (ijazah semester 4) sebagai pengerusi. Beliau serta ahli jawatankuasa yang dilantik oleh beliau bertanggungjawab untuk menguruskan daripada penamaan calon sehinggalah pengumuman keputusan pilihanraya. Seperti yang anda tahu, pilihanraya pada kali ini agak berbeza yang mana cadangan daripada pimpinan sesi 2010/2011 agar calon mendaftar mengikut kerusi yang ingin mereka sertai diguna pakai. Untuk itu, calon tidak lagi dipilih berdasarkan wakil kelas atau sebagainya. Jika sebelum ini, calon hanya mendaftar atau didaftarkan untuk bertanding tanpa pengklasisikasian posisi tapi kini tidak lagi. Mereka boleh memilih samada untu bertanding bagi kerusi umum atau Exco. Kaunter untuk mendapatkan borang penamaan calon telah dibuka pada 17 Februari dan ditutp secara rasmi pada 22 Fenruari. Berikut adalah calon-calon yang telah mendaftar untuk merebut kerusi FLAIROC 2011/2012 ;

CALON UMUM:

QUAY WEI LI VIVIEN (DEG 4)
ZAIM SIDQI BIN ZULKIFLY (DIP 4)
AHMAD NAZIRUDDIN BIN ROSLI (DEG 4)
FAZIDATULAIDA BINTI MAT YAZID (DEG 4)
NURUL HIDAYAT BINTI MAT NAWI
WAN MUHAMMAD AKMAL BIN WAN MUHAMMAD NAJEEB (DEG 4)

CALON EXCO:

CHEE SU YIN (DEG 4)
MATTHEWS A/L JUDE (DEG 2)
DIYANA BINTI MANOGA (DEG 4)
SRI MORGANA A/P GOPAL (DEF 4)
SITI HAJAR BINTI NORZENTAN (DIP 4)
NABILA SYAIDA BINTI MOHAMAD (DEG 2)
MUHAMMAD IZZUDIN BIN SOHAINI (DIP 4)
NOORFATHIYAHWATI BINTI HAMIL (DIP 2)
NURFATIN SYAHIRA BINTI ZOLKAFLI (DIP 2)
NUR IZZAH LIYANA BINTI MAT NAYAN (DEG 2)
SITI NUR SYAIRAH BINTI MOHD SUHAIMI (DIP 4)
NURUL FARIZATUL MAZLIN BINTI MUAZ (DEG 2)
MUHAMMAD KHAIRUL ISKANDAR BIN ISMAIL (DEG 2)

Pilihanraya FAKULTI yang telah dijalankan pada 24 Februari yang lalu telah menyaksikan keputusan berpihak kepada saudara WAN MUHAMMAD AKMAL BIN WAN MUHAMMAD NAJEEB yang telah meraih undi tertinggi. Tahniah diucapkan. Untuk makluman, pimpinan baru FLAIRSOC telah bermesyuarat malam tadi (25 Februari) dan keputusan rasmi siapa pimpinan baru sesi 2011/2012 akan diumumkan kepada FLAIRIANS pada Annual General Meeting (AGM) pada 4 Mac ini.

Sekian.

National Client Consultation (NCC) 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. :-)

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pada 19 Februari yang lalu UniSZA atau FUHA secara khususnya telah menganjurkan National Client Consultation Competition 2011. Pertandingan ini diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar ijazah tahun akhir sebagai sebahagian daripada penilaian yang menyumbang kepada peratusan markah mereka. Untuk makluman, mereka turut dibantu oleh ahli jawatankuasa yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar ijazah tahun 3 dan diploma tahun 2.

Pertandingan yang menghimpunkan wakil dari universiti-universiti yang menawarkan kursus undang-undang ini telah berlangsung sehari suntuk dan seperti yang anda maklu Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dinobatkan sebagai pemenang yang seterusnya melayakkan mereka untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Untuk makluman, pada pertandingan ini UniSZA menghantar para pelajar tahun 1 sebagai wakil dan walaupun gagal menempatkan diri dalam posisi tiga terbaik namun saya percaya mereka telah melakukan yang terbaik yang mereka mampu dan itu merupakan pengalaman berharga bagi mereka. Semoga mereka akan terus berjuang, beruasah dan belajar dari pengalaman yang ada, baiki dan belajar dari kesilapan yang mereka lakukan, serta terus memperbaiki dan meningkatkan potensi agar dapat melakukan yang lebih baik selepas ini. Yang penting, jangan berhenti berjuang.

Untuk akhirnya, tahniah buat para peserta dan terima kasih serta tahniah juga buat para pelajar tahun akhir yang berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak dilupakan untuk Encik Mohd Fuad Husaini, Dekan FUHA, para pensyarah dan seluruh warga kerja FUHA dan juga para FLAIRIAN sekalian yang telah sama-sama membantu atau melibatkan diri secara langsung atau tidak.

Sekian.


Friday, February 25, 2011

Debat Piala Ketua Hakim Negara

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :-)

Seperti yang telah dinyatakan pada entry sebelum ini, pada 18 dan 19 Februari, FUHA telah menghantar dua pasukan untuk mewakili UniSZA dalam pertandingan DEBAT BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG DAN MASYARAKAT PIALA KETUA HAKIM NEGARA 2011.

Untuk makluman, pasukan UniSZA 1 terdiri daripada Ahmad Burhan Sidqi Abdul Rahim (Abang Bob) , Norfathiah Raduwan, Amar Arafat dan Syahidah Mohammad. Pada pusingan pertama dengan usul Sistem Juri Perlu Dikembalikan, pasukan ini telah berjaya menewaskan pasukan UKM 2 dan berjaya berada pada kedudukan pertama antara 12 pasukan yang bertanding. Kemudian, mereka meneruskan kemenangan setelah menewaskan pasukan UIA melalui usul Isu Pembuangan Bayi ; Undang-Undang perlu diperketatkan. Kemenangan tersebut membuatkan mereka kekal di kedudukan teratas meninggalkan pasukan lain seperti UIA, UITM dan UKM. Lebih membanggakan apabila Abang Bob berjaya dinobatkan sebagai pendebat terbaik untuk kedua-dua pusingan.

Sementara itu, untuk pusingan ketiga pula Amar Arafat telah terpilih sebagai pendebat terbaik sewaktu menentang pasukan UKM 1 dengan usul Undang-Undang Alam Sekitar Berkesan Dalam Menangani Masalah Alam Sekitar. Walaubagaimanapun, hajat untuk melihat mereka mengorak ke peringkat separuh akhir berkubur apabila mereka ditewaskan oleh pasukan UIA 2 dengan usul Dewan Ini Wajar Memansuhkan Kecualian 1 Seksyen 375 Kanun Keseksaan. Biasalah, adat pertandingan ada yang menang dan sebaliknya tetapi itu bukanlah faktor untuk menidakkan kemampuan mereka kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin dan secara peribadi saya melihat mereka sebagai gandingan yang telah menghasilkan satu pasukan yang mantap. Cuma rezeki tidak berpihak pada mereka. Apapun, tahniah buat mereka.

Sementara itu, Pasukan UniSZA 2 pula diwakili oleh Mr President, Adib Aiman, Hidayah Awawi, Mohd Hanas, dan Aszikin Johari. Perjalanan mereka bermula dengan kekalahan kepada pasukan UITM 2 pada pusingan pertama, kemenangan ke atas pasukan UKM 2 pada pusingan kedua dan kekalahan kepada pasukan UIA 2 pada pusingan ketiga. Walaupun kalah dalam dua pusingan saringan, namun pasukan ini tetap berjaya mendominasai 8 kedudukan terbaik yang seterusnya melayakkan mereka untuk melangkah ke peringkat suku akhir yang menyajikan saingan yang sengit yang akhirnya menyaksikan mereka tewas di tangan pasukan UKM 1. Perjalanan pasukan 2 tidaklah semanis pasukan 1 namun komen yang memberangsangkan dari juri pertandingan telah memberikan mereka kepuasan yang tersendiri. Lebih bermakna apabila Adib Aiman berjaya menjadi pendebat terbaik untuk pusingan kedua pertandingan.

Sekian sahaja untuk kali ini dan akhir kalam TAHNIAH kepada mereka dan semoga tahun hadapan akan membawa memori indah buat FUHA dan FLAIRIANS serta untuk nama UniSZA itu sendiri.

Salam :)





Monday, February 14, 2011

New Update

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia semua :-)

Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kerana saya gagal mengemaskini blog ini dengan baik. Untuk makluman, saya mengalami sedikit masalah teknikal untuk sign in. Alhamdulillah setelah lebih sebulan, saya berjaya dan terhasillah entry ini. Untuk menebus kesilapan serta kegagalan itu, saya akan melaporkan setiap aktiviti dan perjalanan program yang disertai FLAIRIANS sepanjang Januari hingga kini.

Selepas International Humanitarian Law Moots Competition yang telah berlangsung di Universiti Malaya pada bulan Disember yang lalu, Aktiviti FLAIRIANS pada semester 2 sesi 2010/2011 bermula dengan Pertandingan Debat Piala Dekan FUHA yang telah dianjurkan pada 21 dan 22 Januari oleh Exco Debat FLAIRSOC di bawah pimpinan Cik Salmi Abdul Rahman. Pertandingan tersebut mewajibkan setiap kelas untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan dan Alhamdulillah sambutan serta kerjasama yang diberikan amat menggalakkan. Terima Kasih dan Tahniah kepada pasukan Diploma sem 4 yang berjaya menghantar 2 pasukan. Pertandingan tersebut menyaksikan Pasukan Diploma 2 berjaya merangkul kejuaraan setelah menewaskan pasukan Degree 6 pada malam 22hb bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Pendebat Terbaik Pertandingan akhir juga dibolot oleh peserta dari pasukan diploma 2 iaitu saudari Asnizan yang menewaskan 2 calon lain untuk kedudukan itu. Sementara itu, bagi kategori liga pula pendebat terbaik dirangkul oleh Hidayah Awawi dari pasukan Degree 6. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan para peserta yang sudi melibatkan diri secara langsung mahupun tidak.

Pada 28 Januari pula pihak Fakulti telah menghantar wakil untuk mewakili UNiSZA dalam Jessup Mooting Competition yang bertempat di UITM Shah Alam. Walaupun para peserta gagal meraih sebarang kemenangan namun bagi kami, usaha dan semangat juang yang mereka tunjukkan telah menjadikan mereka pemenang di kelompok yang tersendiri. Semoga semangat juang mereka akan terus mekar. Selepas itu, Pihak Fakulti sekali lagi menghantar 4 oarng pelajar ke India untuk menyertai pertandingan DM Harris Mooting Competition yang telah pun selesai acaranya semalam. Sekalung tahniah dan kebanggaan kami ucapkan buat Noor Zainee Seli, Rumaysa Nadia Mohamad Suhaimi, Mohd Aliff Baharuddin dan buat pencetus semangat mooters UNiSZA, Mohd Syafiq Sulaiman yang telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pasukan terbaik daripada 28 pasukan seluruh dunia. Satu pencapaian yang amat membanggakan dan semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepad kegemilangan FUHA dan UNiSZA. InsyaAllah. Buat mereka, semoga selamat kembali ke tanah air diucapkan.

Pada minggu ini, sekali lagi Fakulti akan menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Debat Undang - Undang Bahasa Melayu Piala Ketua Hakim Negara yang akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 hingga 18 Februari ini. Pasukan yang akan bertolak pada malam esok (15hb) ini akan diketuai oleh Saudara Ahmad Burhan Sidqi Abdul Rahim dan diiringi oleh Cik Ahlam dan Cik Maheran. Semoga pasukan ini akan turut melakar kejayaan yang akan membanggakan FLAIRIANS, FUHA dan UNiSZA.

Sementara itu, pada 19 Februari pula FUHA akan menjadi tuan rumah untuk National Client Counseling Competition yang mana pasukan 7 buah universiti yang menawarkan kursus undang-undang akan bersaing untuk meraih kejayaan. Harapan kami semoga program yang diuruskan oleh para pelajar ijazah tahun akhir ini akan berlangsung dengan jayanya seterusnya mampu memperkenalkan UNiSZA kepada pihak luar. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat masa kini, sehingga bertemu lagi. Saya akan berusaha untuk mengupload gambar - gambar sepanjang aktiviti apabila keadaan mengizinkan.