Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Wednesday, October 27, 2010

Untuk Tatapan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia semua :P

Harap semua yang menjenguk ke sini berada dalam keadaan yang baik. Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit gambar sepanjang program dan aktiviti FLAIRIANS yang berlangsung pada bulan Ogos sehingga Oktober ini. Sebahagiannya telah diletakkan di facebook FLAIRSOC dan ada juga yang ekslusif di sini sahaja :-)

kita mulakan dengan program IFTAR anjuran FUHA yang telah diadakan pada 24 Ogos 2010







Seterusnya, kita beralih pula ke program Law Academic Week yang telah diadakan seminggu selepas cuti pertengahan semester dan cuti sempena hari Raya Aidilfitri iaitu pada 23 hingga 25 september 2010




Tuesday, October 19, 2010

Catatan Ogos- Oktober

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT

Lama sungguh blog ini tidak dikemaskini. maaf saya pohon kerana kesibukan membuat saya gagal menceritakan segala yang berlaku, banyak aktiviti FLAIRSOC yang tidak sempat dikongsikan di sini. terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sudi untuk klik pada ruangan follower dan Alhamdulillah, jika semasa saya mula-mula mengambil alih blog ini, hanya 3 orang pengikut sahaja, syukur kini telah menjadi 11. Terima kasih atas sokongan kalian dan InsyaAllah saya akan berusaha untuk memastikan segala aktiviti FLAIRSOC dan FLAIRIANS dikongsikan di sini.

baiklah, kerana hampir 2 bulan blog ini dibiar sepi, maka untuk kali ini banyak yang akan saya kongsikan. Saya mulakan dengan program IFTAR FUHA yang telah diadakan pada 24 Ogos yang lalu. Alhamdulillah, walaupun berdepan dengan pelbagai masalah sehingga tarikh terpaksa diubah beberapa kali namun program ini berjaya dilaksanakan dan sambutan yang diberikan oleh FLAIRIANS amat baik. Apa yang lebih baik adalah sambutan dari FLAIRIANS yang tidak beragama Islam juga amat menggalakkan. selepas berbuka puasa, para FLAIRIANS solat maghrib, isyak dan solat terawikh bersama-sama.

Seterusnya, kita beralih ke program LAW ACADEMIC WEEK, satu program yang amat sinonim dengan Exco Akademik dan juga FLAIRIANS. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya program ini berjaya dilangsungkan pada 23, 24 dan 25 September yang lalu. Program ini diarahkan oleh Fazidatulaida Mat Yazid, pelajar ijazah tahun 2 merangkap Exco Akademik FLAIRSOC. Program selama 3 hari itu menghimpunkan beberapa acara iaitu pantun, passing the bill, mock trial dan story telling. Program bermula dengan pertandingan Pantun dan diakhiri dengan pantun juga. Sambutan yang diterima dalam kalangan FLAIRIANS juga amat baik dan tahniah diucapkan kepada kumpulan yang diketuai oleh Saudara Shahril Nizam yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan!

Selesai LAW ACADEMIC WEEK, FUHA telah menganjurkan program Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak kali ke-2 yang telah diadakan di Institut Sosial Negara, Malaysia.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Pada 8-16 Oktober yang lalu pula FLAIRSOC telah menghantar wakil untuk mewakili FUHA pada pertandingan sukan Inter-fakulti UniSZA dan Alhamdulillah atlet FUHA yang terdiri daripada para FLAIRIANS telah berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan. Bagi acara Futsal contohnya FUHA telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan . Kemudian, bola jaring berjaya mendapat tempat kedua dan bola tampar dan beberapa acara balapan juga berjaya dikuasai oleh FUHA.

Kemudian, pada 15 dan 16 haribulan yang lalu FUHA telah menghantar wakil untuk bertanding dalam pertandingan debat piala naib canselor UniSZA. Bagi ketegori Bahasa Melayu, FUHA telah menghantar 3 kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C yang mana kumpulan B dan C diwakili oleh para pelajar diploma semester 1 dan apa yang lebih membanggakan adalah apabila kumpulan B berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebelum ditewaskan oleh FUHA A yang diwakili oleh Ahmad Burhan Sidqi, Hidayah Awawi dan Salmi Abdul Rahman manakala pasukan FUHA C pula telah berjaya ke peringkat suku akhir. kejayaan yang amat membanggakan bagi FUHA apatah lagi kejayaan merampas piala dari juara bertahan pasukan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam telah menamatkan penantian seluruh warga FUHA. Terima kasih buat para FLAIRIANS dan Puan Noraida Harun, Dekan FUHA yang sudi hadir memberi sokongan. sementara itu, bagi kategori bahasa inggeris FUHA juga telah berjaya menjadi johan dengan mengalahkan juara bertahan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. apa yang lebih manis adalah Anila Sara George telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik bagi kategori bahas Inggeris manakala rakan sepasukan beliau iaitu Syazwani dan Alyshia masing-masing ditangga ke-2 dan 5 kelompok pendebat terbaik kategori bahasa Inggeris. sementara itu, bagi kategori Bahasa Melayu pula Ahmad Burhan Sidqi dan Hidayah Awawi berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 pendebat terbaik liga di tempat ke 4 dan 9.

akhir kata, semoga kejayaan yang telah dicapai ini tidak terhenti di sini sahaja. Harapan kami semoga seluruh warga FUHA akan terus mengorak langkah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.