Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Saturday, January 30, 2010

Pertandingan Debat Piala Ketua Hakim Peringkat Kebangsaan

20 Januari 2010, pihak Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa telah menghantar satu kumpulan wakil daripada Persatuan Mahasiswa FUHA (FLAIRSOC) ke Pertandingan Debat Piala Ketui Hakim Peringkat Kebangsaan. Pertandingan tersebut telah dilangsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah disertai oleh pelajar Fakulti Undang-Undang daripada seluruh universiti di Malaysia. Keputusan pertandingan menampakkan awan yang cerah dan seterusnya mengarakkan awan yang mendung apabila Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3. Tahniah kepada ahli kumpulan debat yang mana juga ahli FLAIRSOC, mereka ialah:
1. Masturah Binti Azali
2. Siti Noor’Ain Binti Azhari
3. Maisurah Binti Ahmad Talhah
4. Nor Ain Binti Amir Jundi
> Pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Semester 8 (LLB)

Monday, January 25, 2010

Laporan Program Syarahan Akademik FUHA Bil 1 / 2010

Pihak Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) telah menganjurkan satu program berbentuk syarahan akademik yang telah melibatkan semua staf akademik, staf sokongan dan pelajar undang-undang. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tajuk: Penggunaan Bahasa Malaysia di Mahkamah: Aplikasi dan Status Terkini
Oleh: YBhg. Tan Sri Dato’ Bentara Istana Dato’ Nik Hashim Bin Nik Ab. Rahman, Professor Adjung FUHA
Tarikh: 25 Januari 2010, Isnin
Masa: 11.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus KUSZA, UDM

Aturcara program telah dimulakan pada jam 8.20 pagi dan telah dipengerusikan oleh Anis Sofia Binti Che Hashim, LLB Part 4. Kemudian bacaan doa oleh En. Naziree Bin Md. Yusof, Pensyarah FUHA. Syarahan akademik tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa. Selain itu, member kesedaran tentang kepentingan mengaplikasikan Bahasa Melayu di mahkamah dan untuk memartabatkan sendiri bahasa tersebut. Tambahan lagi, program ini juga telah dihadiri oleh tetamu jemputan dari semua jabatan, unit dan pusat yang berdaftar di UDM.

Syarahan yang telah disampaikan itu telah menerangkan undang-undang dibawah peruntukan yang sah daripada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967 bahawa semua prosiding di mahkamah atasan dan bawahan hendaklah menggunakan bahasa kebangsan kecuali keterangan saksi. Namun begitu, prosiding di mahkamah masih boleh dijalankan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan izin pihak mahkamah (hakim) atau pun setelah dipohon oleh mana-mana pihak dalam prosiding yang dijalankan.

Program ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dengan makan tengahari dan disambung pada jam 2.00 petang dengan syarahan yang bertajuk “The Art of Advocacy from Judge’s Perspective”. Dalam syarahan ini, Professor Adjung telah membentangkan dalam Bahasa Inggeris berikutan ia diiktiraf sebagai bahasa pengantar ketika proses pembelajaran untuk pelajar undang-undang. Pelbagai elemn penting telah dipersembahkan antaranya berkenaan “the duties of the advocate”, “the qualities of the advocate”, “trials” dan “etiquette and ethics”.

Alhamdulillah, program telah ditamatkan pada jam 4 petang selepas penyampaian cenderahati kepada Professor Adjung yang disampaikan oleh Puan Noraida Binti Harun, Dekan FUHA. Semoga program ini dapat dilaksakan lagi pada masa akan datang demi memenuhi hasrat pencapaian akademik terbaik pelajar undang-undang.

> Blogger

Sunday, January 24, 2010

MAKLUMAN KEPUTUSAN GUGUR / TAMBAH KURSUS KOKURIKULUM KALI KE-2

Perhatian kepada mahasiswa/i yang telah memohon untuk Gugur / Tambah Kursus Kokurikulum,


Sila saudara/i dapatkan salinan keputusan Gugur / Tambah di Pusat Kokurikulum dengan SEGERA.
Untuk makluman lebih lanjut sila rujuk Makluman Gugur / Tambah Kursus Kokurikulum yang telah
dimuatkan di dalam portal pada Ahad, 17 Januari 2010 yang lepas.

Kegagalan saudara/i untuk mendapatkan salinan keputusan Gugur / Tambah akan menjejaskan
kehadiran dan pembelajaran saudara/i ke kelas kokurikulum berkenaan. Pusat Kokurikulum
tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian saudara/i.


Sekain, Harap Maklum.

Pesanan ini diambil daripada Portal Pelajar, UDM sebagai menghebahkan berita dan pesanan penting unutk tindakan pelajar.

Disediakan oleh:
Penolong Pendaftar
Pusat Kokurikulum HEPA

TAKLIMAT KERJAYA : ETIKA TAKAFUL BERHAD

Unit Kaunseling & Kerjaya [ HEPA ] akan mengadakan satu Taklimat Kerjaya : Etika Takaful Berhad yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut : -

HARI : 29 JANUARI 2010 [ JUMAAT ]
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, UDM

kepada semua yang berminat, sila daftarkan nama di Unit Kaunseling & Kerjaya [ HEPA ]. Blok B, Aras Bawah sebelum atau pada 28 Januari 2010.

sekian, harap maklum

Pesanan ini diambil daripada Portal Pelajar, UDM sebagai menghebahkan lagi berita dan maklumat penting unutk tindakan pelajar.
disediakan oleh:
Unit Kaunseling & Kerjaya,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Blok B, Aras Bawah

Praktikal Pelajar LLB & DIL

Assalamualaikum
Perhatian kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Part 4) & Diploma Undang-Undang (DIL Part 4), anda diminta untuk melengkapkan boring latihan industri atau disebut sebagai borang praktikal bagi semester ini. Borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada pejabat FUHA secepat mungkin untuk mengatur segala urusan yang berkaitan. Tarikh praktikal adalah seperti berikut:

 16 / 17 Mei hingga 10 / 11 Jun 2010
• Tarikh 16 Mei hingga 10 Jun 2010 hanya terpakai bagi pelajar yang melakukan praktikal di negeri Terengganu, Kedah & Perlis.

Segala kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai dan pertanyaan boleh dirujuk di pejabat FUHA. Sekian, terima kasih.

> Blogger

Tahniah Majlis Perwakilan Pelajar

Pada 14 Jan 2010, pihak UDM telah mengadakan Pilihan Raya Universiti Pertama untuk memilih ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009 / 2010 yang baru. Berikutan itu, 2 orang ahli FLAIRSOC yang juga pelajar FUHA telah pun bertanding sebagai calon yang layak di kawasan Umum & kawasan FUHA sendiri. Maka, keputusan undian yang diumumkan pada malam tersebut memperlihatkan kemenangan kepada calon FUHA di kawasan Umum iaitu:
 saudara Muhammad Bin Zulkifli, pelajar LLB Part 4.

Manakala, calon kawasan FUHA telah menang tanpa bertanding, mereka ialah:
 saudara Adam Muhammad Ihsan Bin Mohd Shani, LLB Part 4
 Nurul Azsikin Binti Johari, DIL Part 4.

Semoga dengan adanya perwakilan FUHA hasil daripada Pilihan Raya Universiti yang dilaksanakan dengan telus dan penuh integriti ini kan menyumbangkan pelbagai faedah khasnya kepada pelajar FUHA dan UDM umumnya. Tahniah diucapkan & selamat menjalankan amanah!!

> Blogger

Program Ceramah Akademik

Tajuk: Perkembangan Bahasa Melayu dalam bidang perundangan & kedudukannya masa kini
Penceramah: YBhg. Tan Sri Dato' Nik Hashim Bin Nik Ab. Rahman, Professor Adjung of FUHA, UDM
Tarikh: 25 Jan 2010, Isnin
Masa: 11.00 pg – 1.00 ptg
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus KUSZA, UDM
Penganjur: Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA), UDM

Semua pelajar diwajibkan menghadiri program ini & semua kelas pada hari Isnin, 11.00 pg akan dibatalkan serta merta.

> Blogger

Saturday, January 23, 2010

DYMM Baginda Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor




DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor sehingga 22 Januari 2010. Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.
Tokoh yang kontroversi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.
Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.
Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan bekas Sultanah Johor kerana Sultan Iskandar mangkat.

Sultan Johor Mangkat




Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam (22 Jan 2010, Jumaat) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang, 23 Jan 2010, Sabtu.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi Jumaat kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Pada malamnya, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang Sabtu.

Sunday, January 17, 2010

GALA NIGHT SOCIETY AND CLUB AWARD 2008 / 2009 Session UDM

ON 8th of Jan 2010, Student Representative Council (MPP) 2008 / 2009 session with the cooperation with Student’s Affairs & Alumni (HEPA) for the first time held a program as an appreciation and thank-offering to the registered societies and clubs in UDM. This is the program of GALA NIGHT SOCIETY AND CLUB AWARD 2008 / 2009 Session for the first time which was held in Al-Muktafi Billah Shah Hall (DABS), KUSZA Campus, UDM. The theme for this ceremony is “Pemimpin Cemerlang, UDM Terbilang”.
Alhamdulillah. Even if this is for the first time held, Faculty of Law and International Relations Society (FLAIRSOC) won some awards which was given by. Those awards are Best Sport and Recreation Programme Award, Best Outdoor Programme Award, Best Academic Programme Award and Best Whole Programme Award. Besides, FLAIRSOC also won for UDM Best Society Award and Best Organisation Award, both of that was a very meaningful award especially to the Highest Affairs and Exco and generally to all FLAIRSOC’s members. C$ongratulation for the victory and hope we will gain for more glory for next session.
That is the last program which was held by MPP 2008 / 2009 session and after this Student’s Affairs & Alumni (HEPA) will hold nomination process for University Election on 10th of Jan 2010 which will hold in DABS, KUSZA Campus, UDM. Meanwhile, ballot process will be hold on 14th of Jan 2010 after the period of campaign which is start from 10 to 13 Jan 2010. Hope for the existence of this University Election, UDM will always succeed equal with other universities in Malaysia.``

MALAM GALA ANUGERAH KELAB & PERSATUAN SESI 2008 / 2009 UDM

PADA 08 Jan 2010, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008 / 2009 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) telah mengadakan satu program yang buat pertama kalinya diadakan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada persatuan dan kelab yang berdaftar di UDM. Program tersebut ialah Majlis Malam Gala Anugerah Kelab & Persatuan Sesi 2008 / 2009 Kali Pertama yang diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus KUSZA, UDM. Tema majlis ini ialah “Pemimpin Cemerlang, UDM Terbilang”.
Alhamdulillah walaupun baru pertama kali diadakan, Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC) telah pun merangkul beberapa anugerah yang telah disampaikan oleh. Anugerah tersebut ialah Anugerah Program Sukan & Rekreasi Terbaik, Anugerah Program Luar Terbaik, Anugerah Program Akademik Terbaik dan Anugerah Program Keseluruhan Terbaik – Syarahan Akademik AUKU. Selain itu, FLAIRSOC juga turut menerima Anugerah Persatuan Terbaik UDM danAnugerah Organisasi Terbaik, ia adalah dua anugerah yang cukup bermakna kepada Majlis Tertinggi dan Exco terutamanya, serta ahli FLAIRSOC umumnya. Syabas dan sekalung tahniah untuk kejayaan yang dikecapi dan semoga lebih gemilang pada sesi akan datang.
Program tersebut ialah program yang terakhir dianjurkan oleh MPP Sesi 2008 / 2009 dan seterusnya pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) akan mengadakan proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Universiti pada 10 Jan 2010 bertempat di DABS, Kampus KUSZA, UDM. Manakala, pada 14 Jan 2010 pula akan berlangsungnya proses pembuangan undi selepas tempoh berkempen dari 10 hingga 13 Jan 2010. Semoga dengan adanya Pilihan Raya Universiti ini, UDM akan terus cemerlang setanding dengan universiti lain di Malaysia.

Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan (PMMS)





Tarikh : 12-13 Disember 2009
Tempat pertandingan: Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM
Anjuran: USIM dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Tatatertib dan Displin Universiti –universiti Malaysia (MATDUM) dan persatuan Peguam Syarie Malaysia

• Universiti Darul Iman Malaysia telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 1 pasukan dari Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa dan 1 pasukan lagi dari Fakulti Kontemperari Islam.
• Pasukan FUHA UDM telah berjaya merangkul pasukan kedua terbaik manakala pasukan dari FKI berjaya mennjadi pasukan ke-4 terbaik. Salah seorang dari Pasukan FUHA UDM juga berjaya merangkul tempat ketiga Penghujah terbaik.
• Bagi Pasukan FUHA UDM, penghujah-penghujahnya terdiri daripada:

Plaintiff
Mohfd Firdaus bin Raja Azmi Mohd Hafiz bin Ishak

Defendan
Mohd Azraie bin Mohd Yusof Madihah Nikmah bt Mohd Hamidim

THE INTERNATIONAL HUMANITARIAN LAW (IHL) MOOT COMPETITION.






Date: 12-13 DECEMBER 2009 Venue: UNIVERSITY OF MALAYA (UM)
The Mooting Bureau, together with the Faculty of Law and International Relations (FLAIR) has been represented by a team of Degree semester 3 and semester 1 students to the moot competition held at University Malaya on 12 and 13 December. The IHL team has successfully achieved the ranking of TOP 5 amongst all the Universities which have taken part in this competition. Also, officially the 2nd place for the Best Memorials. The IHL team members are,
Agent for Prosecution : 1)Nur Hafizah Zakaria (sem3) 2) Rumaysa Nadia Mohd Suhami(Sem 3)
Agent for Defense : 1)Noor Zainee Seli (Sem 3) 2) Anis Sofiah Che Hashim (Sem 3)
Researcher : 1)Manjet Singh a/l Pran Singh (Sem 1) 2)‘Atif Hilmi Abdullah (Sem 1)
3)Muhammad Asyraf Shah Jamal (Sem 1) 4)Zahidah Zakaria (Sem 3)
5)Nur Syuhada Najwa Ibrahim (Sem 3) 6)Mohamad Shafiq Sulaiman (Sem 3)

Friday, January 01, 2010

FLAIRSOC's Members Success




KUALA LUMPUR – Pelajar Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA) cemerlang dalam pertandingan `The 6th International Humanitarian Law Moots Competiton National Rounds (2009)’ di Universiti Malaya pada 12 hingga 13 Disember 2009 baru-baru ini.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini membolehkan pemenang pusingan peringkat kebangsaan (national) akan mewakili Malaysia di pertandingan antarabangsa yang akan diadakan di Hong Kong.

Pertandingan ini berdasarkan situasi permasalahan hak asasi manusia yang dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court of Justice).

Penyertaan kali ke-dua oleh UDM ini memperlihatkan peningkatan yang membanggakan bagi peserta FUHA, UDM dimana UDM berada pada tempat ke-5 bagi penghujahan lisan dan tempat ke-2 bagi memorials.

Berbanding tahun sebelumnya, 2008 UDM berada pada tempat terakhir dalam penghujahan lisan dan memorials.

Syabas dan tahniah kepada peserta-peserta FUHA yang diketuai oleh En. Mohd Fuad Husaini, Pemangku Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar).