Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Monday, March 15, 2010

ALSA NATIONAL CONFERENCE

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..:))

Pada 5 hingga 7 Mac yang lalu, seramai 15 orang FLAIRIANS yang terdiri daripada pelajar Degree Sem 2 telah mewakili UDM dalam ALSA (Asia Law Students Association)National Conference yang bertempat di UKM, Bangi. Delegasi ini turut diiringi oleh Miss Kamalia.



delegasi UDM

Miss kamalia dan Haris (presiden ALSA Malaysia)

Program selama 2 hari 2 malam itu dimulakan dengan sesi forum yang bertajuk "IS THE PERAK CONSTITUTIONAL CRISIS SOLVED?" Pada sesi tersebut, para peserta dapat mendengar kupasan isu oleh Mr Edmund Boo, Constitutional Committee Chairperson, Mr Malik Imtiaz, seorang peguam dan Dr Che Norlia,Pensyarah Constitutional Law UKM. Forum yang dipengerusikan oleh Professor Madya Dr faridah Jalil itu ternyata hangat apabila para panel jemputan masing-masing menyatakan pendapat. Kehangatan bertambah apabila sesi soal jawab berlangsung. Mr Edmund Boo yang merupakan salah seorang peguam kepada Dr Nizar berkata bahawa bahawa "Vote of no confidence "terhadap Nizar tidak pernah berlaku, maka beliau berpendapat bahawa DUN Perak tidak boleh dibubarkan. Sementara itu, Malik Imtiaz turut bersetuju dengan Mr Edmund dan beliau merujuk kepada kes STEPHEN KALONGNINGKARN.Beliau berulang kali membangkitkan isu demokrasi dan menyatakan bahawa "the word or term of democracy seems to be ridiculous when it has been violated" Berbanding dengan 2 ahli panel yang lain, Dr Che Norlia berulang kali menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan keputusan Federal Court dalam kes Dr Nizar. Beliau merujuk kepada kes DATU AMIR KAHAR yang dirasakan lebih relevan berbanding kes STEPHEN yang mana dalam kes DATU AMIR KAHAR, mahkamah memutuskan bahawa kerajaan tidak perlu melihat atau merujuk kepada undi tidak percaya. Menurut beliau "the land not only belong to the rakyat but also to the raja"


ahli panel

Keesokan harinya, pada pagi 6hb, dekan Fakulti Undang-Undang UKM merangkap penasihat ALSA UKM dan MALAYSIA telah merasmikan ALSA NATIONAL CONFERENCE 2010. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dn tahniah kepada delegasi setiap universiti yang terdiri daripada UDM, UITM, ,UM,USIM, KUIS, HELP COLLEGE dan UKM sendiri kerana sudi menjadi sebahagian daripada ALSA. Selepas itu, para peserta mengikuti sesi bersama Mr Simon K wakil dari SUHAKAM yang berkisar tentang HUMAN'S RIGHT. Beliau menyatakan bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, darjat, warna kulit dan sebagainya berhak untuk menuntut hak mereka. Contohnya, mereka yang dibuang kerja juga boleh merujuk kepada SUHAKAM sekiranya mereka berasa bahawa hak mereka dicerobohi. Selepas itu, Mr Azmi Ali, seorang peguam berkongsi pengalaman beliau bersama peserta. Dalam sesi yang sungguh santai itu, beliau mengingatkan para perserta yang dianggap sebagai future lawyers untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjadi peguam yang hebat. Sebelum waktu makan tengahari tiba, para peserta mengikuti sesi taklimat ringkas bersama Mr Azizan, wakil daripada LAW PROFESSOR.

Mr Simon K dari SUHAKAM


Mr Azizan dari Law Professor



selepas makan tengahari, sekali lagi para peserta mengikuti sesi bersama LAW PROFESSOR. Para peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan yang mana 7 kumpulan mewakili Public Prosecutor dan 7 kumpulan lagi mewakili Defense Consel. Para Peserta kemudiannya diminta mengkaji kes yang diberikan (kes rogol) sebelum diarah mencari bahan bukti untuk dibawa ke mahkamah. Program ala explorace itu sememangnya menarik dan bagus kerana para peserta didedahkan dengan situasi sebenar, mengumpul bukti. selepas itu, para peserta diminta kembali ke dalam kumpulan masing-masing dan sesi perbicaraan bermula. pada sesi tersebut, Mohd Izzat Amir dari UDM dipilih sebagai Public Prosecutor terbaik sementara Kumpulan yang dianggotai oleh Rumaysa Nadia, Nurul Shafina, Mohd Faiz, Nor Habibah dan Mohd Naqiuddin menang bagi kategori kepantasan dan ketepatan mencari bahan bukti. Begitu juga kumpulan yang diwakili oleh Nur Hafizah Zakaria dan Madihah Nikmah Hamidim. Syabas FLAIRIANS!!!

bahan bukti


sesi perbicaraan..


Mohd Alip, Exco ALSA dan SERANTA


madihah nikmah


Nur Hafizah Zakaria


Mohd Izzat Amir


pada hari ketiga, iaitu hari terakhir conference para peserta berkumpul di bilik senat UKM untuk mendengar forum berkaitan "IMPLICATION OF THE MALAYSIAN FOREIGN POLICIES IN INTERNATIONAL LAW)daripada wakil Kementerian Dalam Negeri, Madam Adlina Mokhtar dan Pensyarah International and Administrative Law UKM, Dr Salawati M. Basir.Pada sesi tersebut, para peserta diberitahu bagaimana sebenarnya negara kita jauh ketinggalan berbanding Singapura, Thailand dan Indonesia dalam bidang ekonomi. Dr Salawati turut berkongsi pengalaman berkhidmat di luar negara dan berulang kali menyatakan kesyukuran kerana pengalaman itu banyak membuka mata dan menyedarkan beliau bahawa kita masih jauh ketinggalan dan betapa kita sebenarnya dimanipulasi oleh US. Beliau turut mengingatkan para peserta supaya berhenti berfikir bahawa "we're great" kerana menurut beliau kita sebenarnya dipandang rendah oleh dunia luar.kemudian para peserta diberi peluang untuk mengikuti sesi seterusnya bersama Founding Director of IDEAS, Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad yang turut menyarankan para delegasi untuk keluar dari kepompong. Menurut beliau, kita perlu berfikir jauh dan jangan berfikiran jumud.

tepat jam 2 petang, 7 Mac 2010 ALSA National Conference 2010 yang bertemakan Nurturing Intellectual Growth: Inspiring Intellectuals towards Globalization ditutup secara rasminya oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Mr Ragunath Kesavan. Dalam ucapannya, Mr Ragunath mengingatkan para peserta agar mempersiapkan diri dengan baik untuk menjadi peguam yang berjaya. Menurut beliau, kejayaan tidak datang bergolek. Justeru itu, para peserta perlu berusaha 100%. Beliau turut berpesan kepada para peserta agar menjadi peguam yang baik, jujur dan bertimbang rasa serta tidak mudah lupa diri.


bersama presiden Majlis Peguam (Bar Council, Mr Ragunath Kesavan)

Akhir kata, walaupun program tersebut sangat padat, namun rata- rata FLAIRIANS yang terlibat memberikan maklum balas yang positif dan apa yang manis adalah delegasi UDM terpilih sebagai delegasi terbaik!!!tahniah diucapkan dan Semoga ini akan mencetus ke arah kegemilangan FUHA, FLAIRSOC, FLAIRIANS dan UDM sendiri. InsyaALLAH..

0 comments: