Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Monday, January 25, 2010

Laporan Program Syarahan Akademik FUHA Bil 1 / 2010

Pihak Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) telah menganjurkan satu program berbentuk syarahan akademik yang telah melibatkan semua staf akademik, staf sokongan dan pelajar undang-undang. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tajuk: Penggunaan Bahasa Malaysia di Mahkamah: Aplikasi dan Status Terkini
Oleh: YBhg. Tan Sri Dato’ Bentara Istana Dato’ Nik Hashim Bin Nik Ab. Rahman, Professor Adjung FUHA
Tarikh: 25 Januari 2010, Isnin
Masa: 11.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus KUSZA, UDM

Aturcara program telah dimulakan pada jam 8.20 pagi dan telah dipengerusikan oleh Anis Sofia Binti Che Hashim, LLB Part 4. Kemudian bacaan doa oleh En. Naziree Bin Md. Yusof, Pensyarah FUHA. Syarahan akademik tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa. Selain itu, member kesedaran tentang kepentingan mengaplikasikan Bahasa Melayu di mahkamah dan untuk memartabatkan sendiri bahasa tersebut. Tambahan lagi, program ini juga telah dihadiri oleh tetamu jemputan dari semua jabatan, unit dan pusat yang berdaftar di UDM.

Syarahan yang telah disampaikan itu telah menerangkan undang-undang dibawah peruntukan yang sah daripada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967 bahawa semua prosiding di mahkamah atasan dan bawahan hendaklah menggunakan bahasa kebangsan kecuali keterangan saksi. Namun begitu, prosiding di mahkamah masih boleh dijalankan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan izin pihak mahkamah (hakim) atau pun setelah dipohon oleh mana-mana pihak dalam prosiding yang dijalankan.

Program ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dengan makan tengahari dan disambung pada jam 2.00 petang dengan syarahan yang bertajuk “The Art of Advocacy from Judge’s Perspective”. Dalam syarahan ini, Professor Adjung telah membentangkan dalam Bahasa Inggeris berikutan ia diiktiraf sebagai bahasa pengantar ketika proses pembelajaran untuk pelajar undang-undang. Pelbagai elemn penting telah dipersembahkan antaranya berkenaan “the duties of the advocate”, “the qualities of the advocate”, “trials” dan “etiquette and ethics”.

Alhamdulillah, program telah ditamatkan pada jam 4 petang selepas penyampaian cenderahati kepada Professor Adjung yang disampaikan oleh Puan Noraida Binti Harun, Dekan FUHA. Semoga program ini dapat dilaksakan lagi pada masa akan datang demi memenuhi hasrat pencapaian akademik terbaik pelajar undang-undang.

> Blogger

0 comments: