ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.:)
Untuk makluman FLAIRIANS, pada 17/3/2010 pimpinan FLAIRSOC telah mengadakan satu mesyuarat bersama barisan pentadbir FUHA yang terdiri daripada PUAN NORAIDA HARUN (DEKAN), EN MOHD FUAD HUSAINI (TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR), DR SULAIMAN DORLOH (TIMBALAN DEKAN) dan PUAN ASIAH BIDIN (PENSYARAH).
Majlis dimulakan dengan sesi memperkenalkan pimpinan baru FLAIRSOC bagi sesi 2020/2011. Pada pertemuan selama 2 jam itu, FLAIRSOC membentangkan rancangan aktiviti untuk FLAIRIANS sepanjang sesi 2010/2011 ini. Selain itu kedua- dua pihak turut membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan FLAIRIANS. ALHAMDULILLAH, beberapa kata sepakat berjaya dicapai antara kedua- dua pihak dan diharapkan agar ia akan membawa kebaikan untuk kita bersama.
sekian..:)
0 comments:
Post a Comment