ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..:)
Pada 19 MAC yang lalu, EXCO SUKAN FLAIRSOC yang dipimpin oleh MOHD NAQIUDDIN MD NASIR telah menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL UNDANG-UNDANG. Kejohanan yang bermula seawal jam 8 pagi itu disertai oleh para FLAIRIANS yang mana setiap kelas wajib menghantar 2 pasukan, 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan.
Walaupun keadaan cuaca pada hari tersebut agak tidak menentu, panas, mendung dan hujan namun ALHAMDULILLAH, kejohanan tersebut berjalan dengan lancar. Malah, para FLAIRIANS sanggup bermain di bawah terik matahari dan hujan. Semangat kesukanan yang tinggi ini amat kami hargai dan semoga FLAIRIANS akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam aktiviti FLAIRSOC yang akan datang.
berikut adalah keputusan kejohanan:
PASUKAN LELAKI
JOHAN : DIPLOMA 6
NAIB JOHAN : DEGREE 6
KETIGA : DEGREE 4
KEEMPAT : DIPLOMA 4
PASUKAN PEREMPUAN
JOHAN : DEGREE 8
NAIB JOHAN : DIPLOMA 6
KETIGA : DIPLOMA 6
KEEMPAT : DEGREE 4
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada FLAIRIANS yang terlibat..:)
sekian:)
0 comments:
Post a Comment