Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua :-)
Hai semua, harap sihat sentiasa :-). Seperti yang telah dimaklumkan di Board FLAIRSOC, pada 4hb Mac 2011 bersamaan hari jumaat, akan diadakan Annual General Meeting (AGM) bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Untuk makluman, majlis akan bermula tepat 8;00 malam dan FLAIRIANS diharapkan dapat hadir kerana pada malam tersebut kita akan diperkenalkan dengan barisan pimpinan
FLAIRSOC 2011/2012!!Sebarang maklumat lanjut boleh sila rujuk Board FLAIRSOC.
Sebenarnya, saya baru sahaja menghadiri mesyuarat bersama barisan pimpinan FLAIRSOOC sesi 2011/2012. Apabila sudah ada barisan baru, bermakna tamatlah tugas saya sebagai tukang karut di blog ini. Mungkin ini adalah karangan terakhir saya di sini dan kalau ada pun, selepas ini saya hanya akan memuat naik gambar-gambar yang gagal saya muatkan di sini sebelum ini. Semuanya secara tidak sengaja kerana banyak halangan untuk mengupload. Selepas ini, blog dan facebook FLAIRSOC UniSZA akan diuruskan sepenuhnya oleh Exco Publisiti yang baru yang mana identitinya terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, pada 4hb Mac nanti anda akan dapat mengetahui siapakah beliau dan siapakah pemimpin baru kita. InsyaAllah, mereka orang-orang hebat dan saya yakin mereka mampu memberi yang terbaik untuk kita . Jadi, sokonglah mereka.
Untuk entry terakhir ini, saya mewakili barisan pimpinan FLAIRSOC 2010/2011 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah kalian berikan kepada kami selama ini. Kritikan, pujian semua kami terima dan Alhamdulillah walaupun banyak program yang tidak dapat dilaksanakan, namun kami telah berusaha sedaya upaya kami untuk kalian. mungkin kedengaran agak klise, akan tetapi itulah hakikatnya. Maaf kami pohon andai sepanjang kami berkhidmat anda merasakan kami tidak melakukan atau menjalankan tugas dengan baik. Semoga segala kekurangan yang terdapat semasa kami memimpin dapat diambil perhatian dan iktibar oleh barisan baru agar mereka dapat melakukan yang terbaik untuk kita. Sokonglah mereka, insan-insan yang telah kita sama-sama pilih.
Secara peribadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana gagal menjalankan tugas untuk mengupdate blog ini dengan baik. Maaf juga kiranya saya gagal menyebarkan maklumat berkaitan program atau aktiviti anjuran kami dengan baik. Maaf juga bagi mereka yang sakit mata melihat saya asyik mengambil gambar di mana-mana, terlalu banyak kekurangan saya, tapi walau apa pun jua, maaf saya pinta untuk segalanya.
Buat mereka yang sudi memangkah nama saya dan rakan-rakan lain semasa pilihanraya yang lalu, TERIMA KASIH saya ucapkan. Saya masih ingat, semasa saya mengambil alih pengurusannya, blog ini hanya mempunyai 3 orang pengikut. Kini, Alhamdulillah sudah ada 13 malah ada juga pembaca dari universiti lain yang sudi melawat dan meninggalkan komen. Terima Kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dan sokonglah pengganti saya pula. Saya sudah bertemu beliau dan saya dapat rasakan semangat beliau untuk berkhidmat demi kita semua. Jadi, nantikan Exco publisiti merangkap penulis baru anda :-)
Sekian.
Regards,
HidayahAwawi :-)
0 comments:
Post a Comment