Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia semua :-)
Pada 28 Januari pula pihak Fakulti telah menghantar wakil untuk mewakili UNiSZA dalam Jessup Mooting Competition yang bertempat di UITM Shah Alam. Walaupun para peserta gagal meraih sebarang kemenangan namun bagi kami, usaha dan semangat juang yang mereka tunjukkan telah menjadikan mereka pemenang di kelompok yang tersendiri. Semoga semangat juang mereka akan terus mekar. Selepas itu, Pihak Fakulti sekali lagi menghantar 4 oarng pelajar ke India untuk menyertai pertandingan DM Harris Mooting Competition yang telah pun selesai acaranya semalam. Sekalung tahniah dan kebanggaan kami ucapkan buat Noor Zainee Seli, Rumaysa Nadia Mohamad Suhaimi, Mohd Aliff Baharuddin dan buat pencetus semangat mooters UNiSZA, Mohd Syafiq Sulaiman yang telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pasukan terbaik daripada 28 pasukan seluruh dunia. Satu pencapaian yang amat membanggakan dan semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepad kegemilangan FUHA dan UNiSZA. InsyaAllah. Buat mereka, semoga selamat kembali ke tanah air diucapkan.
Pada minggu ini, sekali lagi Fakulti akan menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Debat Undang - Undang Bahasa Melayu Piala Ketua Hakim Negara yang akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 hingga 18 Februari ini. Pasukan yang akan bertolak pada malam esok (15hb) ini akan diketuai oleh Saudara Ahmad Burhan Sidqi Abdul Rahim dan diiringi oleh Cik Ahlam dan Cik Maheran. Semoga pasukan ini akan turut melakar kejayaan yang akan membanggakan FLAIRIANS, FUHA dan UNiSZA.
Sementara itu, pada 19 Februari pula FUHA akan menjadi tuan rumah untuk National Client Counseling Competition yang mana pasukan 7 buah universiti yang menawarkan kursus undang-undang akan bersaing untuk meraih kejayaan. Harapan kami semoga program yang diuruskan oleh para pelajar ijazah tahun akhir ini akan berlangsung dengan jayanya seterusnya mampu memperkenalkan UNiSZA kepada pihak luar. InsyaAllah.
Sekian dahulu buat masa kini, sehingga bertemu lagi. Saya akan berusaha untuk mengupload gambar - gambar sepanjang aktiviti apabila keadaan mengizinkan.
0 comments:
Post a Comment