ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Untuk makluman, setibanya kami ke Kuala Lumpur kami terus menuju ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan destinasi kami adalah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL). Di sana, kami berkesempatan untuk bertemu dengan Timbalan Dekan AIKOL yang mengalu-alukan serta menyambut baik kehadiran kami. Kami turut diberi peluang untuk melawat perpustakaan khusus untuk pelajar undang-undang UIA yang terletak di tingkat bawah perpustakaan UIA. Peluang melihat sendiri bilik yang menghimpunkan koleksi serta karya Professor Ahmad Ibrahim amat bermakna bagi kami. Antara lain, kami turut berkesempatan untuk mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Mahasiswa Unsang-Undang UIA (LAWSOC). Kesempatan itu kami manfaatkan dengan bertanyakan pelbagai soalan dan saling bertukar pendapat. Kami turut berpeluang bertemu salah seorang mooter UIA yang telah banyak menceritakan pengalaman dan tidak lokek berkongsi tips, ilmu dan rahsia kejayaan UIA selama ini. Malah pihak LAWSOC UIA mengharapkan agar hubungan ini berterusan dan kita dapat berkerjasam kelak. Semoga pelbagai pengalaman bermakna yang diperoleh mampu diaplikasikan dalam kalangan FLAIRIANS kelak. InsyaAllah.
Selepas UIA, kami kemudiannya bertolak ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk sesi bersama Persatuan Guaman Sharie Malaysia (PGSM). Untuk makluman, FLAIRSOC dan UNISZA merupakan satu-satunya delegasi yang mengadakan pertemuan dengan PGSM semenjak 9 tahun penubuhannya dan ia merupakan satu penghormatan bermakna buat mereka dan pastinya kami sendiri. Sama seperti apa yang berlaku di UIA, kehadiran kami disambut baik oleh para exco PGSM. Tuntasnya, melalui lawatan dan kunjungan ini kami melihat banyak peluang kerjasama yang boleh dicapai kelak apabila pihak PGSM berbesar hati untuk membantu dan menyokong setiap aktiviti yang dilakukan. Untuk makluman FLAIRIANS sekalian, walaupun ijazah Undang-Undang UNISZA belum diiktiraf oleh LPQB, namun kita boleh memohon untuk menjadi peguam syariah di Wilayah Persekutuan dan Johor. walaupun kita tidak belajar undang-undang syariah. Hal ini kerana, kedua-dua negeri tersebut tidak meletakkan sebarang syarat dalam pengambilan peguam syarie. Jadi, selain berkhidmat dengan kerajaan bagi sesiapa yang berminat anda boleh menjadi peguam syarie.
Pada sebelah malam, kami ke Putrajaya untuk makan malam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 di pejabat beliau. Selain acara makan malam, kami turut berpeluang untuk mengadakan sesi dialog selam 1 jam bersama beliau. Sepanjang tempoh itu banyak perkara dapat dikongsi dan beliau mengingatkan kami akan kepentingan memelihara serta berpegang kepada modal insan untuk berjaya. Berjumpa dengan beliau secara peribadi melahirkan kekaguman kami terhadap sikap beliau yang lemah lembut dan amat menghormati tetamu. Bayangkan, siapalah kami jika hendak dibandingkan dengan beliau. Namun, seakan menolak tepi darjat dan pangkat beliau sabar melayan kerenah kami.
Pada hari kedua, iaitu 29 Julai 2010 kami telah ke Pejabat Peguam Negara di mana kami ke Unit Bicara dan Rayuan yang diketuai oleh Puan Noorin Badaruddin, Timbalan Pendakwa Raya yang bertanggung-jawab mengendalikan kes liwat Dato' Seri Anuar Ibrahim, kes bunuh dan rogol Canny Ong serta kes di bawah Akta Hasutan yang melibatkan Karpal Singh. Ketibaan kami sememangnya disambut baik oleh para pegawai dan staff unit tersebut. Kami turut diperkenalkan dengan unit tersebut yang baru 1 tahun ditubuhkan. Untuk makluman, unit ini akan menguruskan pendakwaan kes berprofil tinggi iaitu kes yang melibatkan kepentingan masyarakat seperti kes yang disebutkan di atas. Semasa sesi dialog diadakan, Puan Noorin menjelaskan kepada kami bahawa seorang Pendakwa Raya mempunyai hak untuk mendakwa seseorang di bawah seksyen berapa sekalipun. dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan perkara tersebut. Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalan yang dikemukakan oleh wakil delegasi yang bertanyakan tentang pertikaian pertuduhan terhadap kes Dato' Seri anuar Ibrahim.
Pada sebelah petangnya, kami ke Kementerian Pengajian Tinggi dan pada sebelah malamnya kami ke Residence Hotel untuk makan malam bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Melalui kedua-kedua sesi tersebut kami berpeluang untuk membawa suara warga UNISZA serta FLAIRIANS khususnya dalam pelbagai perkara. Melalui sesi dialog lebih 2 jam itu kami melihat sinar harapan apabila Dato' Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kesudian beliau untuk membantu kita terutamanya dalam hal berkaitan pengiktirafan program ijazah undang-undang serta pelbagai masalah lain lagi.
Mr Eddie Lim, salah seorang wakil Kurnia
Tuntasnya, lawatan selama 3 hari 2 malam ini sangat bermakna kerana banyak input yang kami peroleh dan diharapkan agar kami dapat memanfaatkannya untuk kepentingan kita bersama. insyaAllah.
sehingga bertemu lagi..:)
5 comments:
salam,tq for viewing our blog,student community law club,uitm..nice trip...mayb we can organize any porgm 2gether.in collobrating these 2 universities...
salam, cahayaya petunjuk
thanks for viewing 2..:-)
its a good idea btw..
in fact we are now trying to cooperate with so many organization
so, yeah perhaps we can work together
we'll look forward for that..:-)
insyaAllah..
uum nk join jugak :)
wndu kamoo sume fuha..
fuha alwitz in my heart...
hai res ipsa liquitor
boleh saje..
kalau uum ada buat program
nk invite, kami sgt suka untk menerimanya..
btw, u are always a part of FLAIRIANS..:-)
Post a Comment