ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..:)
Buat pengetahuan semua, pada hari rabu yang lalu, (14 Julai 2010) Exco ALSA & SERANTA dan Exco Akademik telah menganjurkan program JELAJAH PERUNDANGAN MERENTASI SEMPADAN yang memfokuskan kepada pelajar sekolah (tingkatan 5 dan 6) bertempat di SMKA Sheikh Abdul Malek. program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang perundangan di samping untuk memperkenalkan FUHA dan UNISZA kepada dunia luar. Program ini merangkumi forum, motivasi dan slot memperkenalkan FUHA yang mana majoriti penceramah atau panel yang terlibat merupakan bekas pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek sendiri. selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan advocacy skill yang memerlukan mereka menganalisis masalah, mencari bahan bukti dan berhujah.
Alhamdulillah, program ini mendapat maklum balas serta respon yang positif dari para peserta yang rata-ratanya mahu kami kembali menganjurkan program sebegini di sana. kejayaan ini menguatkan lagi semangat kami barisan pimpinan FLAIRSOC untuk menjenamakan serta memperkenalkan FUHA dan UNISZA dan kami berharap untuk menjelajah ke seluruh negeri Terengganu selepas ini..InsyaALLAH..kini, kita sedang menanti untuk k Kuala Lumpur pula untuk siri penjenamaan FUHA dan UNISZA kepada pihak-pihak yang berkaitan di sana..
0 comments:
Post a Comment