Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Tuesday, August 03, 2010

3 HARI YANG BERMAKNA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Seperti yang telah tercatat pada entry sebelum ini, FLAIRSOC UNISZA telah menghantar delegasi ke Kuala Lumpur pada 28 hingga 30 Julai 2010. Delegasi seramai 35 orang ini terdiri daripada barisan kepimpinan FLAIRSOC, Ahli Jawatankuasa Pelaksana program yang terdiri daripada AJK exco ALSA dan SERANTA dan FLAIRIANS. Turut mengiringi perjalanan kami adalah Encik Mohd Fuad Husaini, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FUHA. Mungkin ada yang mempersoal serta mempertikai akan delegasi yang terpilih untuk mewakili persatuan. Sebenarnya, kami ingin sekali membawa kalian semua untuk turut serta dalam lawatan ini. Namun, apakan daya kita mempunyai kekangan-kekangan yang menghalangnya untuk berlaku. InsyaALLAH, mungkin di lain masa. Untuk pengetahuan FLAIRIANS sekalian, mereka yang menyertai rombongan tersebut merupakan mereka yang telah dipilih dan dipersetujui serta diluluskan pemergian mereka oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Fuad Husaini.

Untuk makluman, setibanya kami ke Kuala Lumpur kami terus menuju ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan destinasi kami adalah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL). Di sana, kami berkesempatan untuk bertemu dengan Timbalan Dekan AIKOL yang mengalu-alukan serta menyambut baik kehadiran kami. Kami turut diberi peluang untuk melawat perpustakaan khusus untuk pelajar undang-undang UIA yang terletak di tingkat bawah perpustakaan UIA. Peluang melihat sendiri bilik yang menghimpunkan koleksi serta karya Professor Ahmad Ibrahim amat bermakna bagi kami. Antara lain, kami turut berkesempatan untuk mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Mahasiswa Unsang-Undang UIA (LAWSOC). Kesempatan itu kami manfaatkan dengan bertanyakan pelbagai soalan dan saling bertukar pendapat. Kami turut berpeluang bertemu salah seorang mooter UIA yang telah banyak menceritakan pengalaman dan tidak lokek berkongsi tips, ilmu dan rahsia kejayaan UIA selama ini. Malah pihak LAWSOC UIA mengharapkan agar hubungan ini berterusan dan kita dapat berkerjasam kelak. Semoga pelbagai pengalaman bermakna yang diperoleh mampu diaplikasikan dalam kalangan FLAIRIANS kelak. InsyaAllah.

Sesi dialog antara pimpinan FLAIRSOC dan LAWSOC

Selepas UIA, kami kemudiannya bertolak ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk sesi bersama Persatuan Guaman Sharie Malaysia (PGSM). Untuk makluman, FLAIRSOC dan UNISZA merupakan satu-satunya delegasi yang mengadakan pertemuan dengan PGSM semenjak 9 tahun penubuhannya dan ia merupakan satu penghormatan bermakna buat mereka dan pastinya kami sendiri. Sama seperti apa yang berlaku di UIA, kehadiran kami disambut baik oleh para exco PGSM. Tuntasnya, melalui lawatan dan kunjungan ini kami melihat banyak peluang kerjasama yang boleh dicapai kelak apabila pihak PGSM berbesar hati untuk membantu dan menyokong setiap aktiviti yang dilakukan. Untuk makluman FLAIRIANS sekalian, walaupun ijazah Undang-Undang UNISZA belum diiktiraf oleh LPQB, namun kita boleh memohon untuk menjadi peguam syariah di Wilayah Persekutuan dan Johor. walaupun kita tidak belajar undang-undang syariah. Hal ini kerana, kedua-dua negeri tersebut tidak meletakkan sebarang syarat dalam pengambilan peguam syarie. Jadi, selain berkhidmat dengan kerajaan bagi sesiapa yang berminat anda boleh menjadi peguam syarie.


bersama Persatuan Guaman Syarie Malaysia

Pada sebelah malam, kami ke Putrajaya untuk makan malam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 di pejabat beliau. Selain acara makan malam, kami turut berpeluang untuk mengadakan sesi dialog selam 1 jam bersama beliau. Sepanjang tempoh itu banyak perkara dapat dikongsi dan beliau mengingatkan kami akan kepentingan memelihara serta berpegang kepada modal insan untuk berjaya. Berjumpa dengan beliau secara peribadi melahirkan kekaguman kami terhadap sikap beliau yang lemah lembut dan amat menghormati tetamu. Bayangkan, siapalah kami jika hendak dibandingkan dengan beliau. Namun, seakan menolak tepi darjat dan pangkat beliau sabar melayan kerenah kami.


mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi

delegasi bergambar kenangan bersama Tun Abdullah

Pada hari kedua, iaitu 29 Julai 2010 kami telah ke Pejabat Peguam Negara di mana kami ke Unit Bicara dan Rayuan yang diketuai oleh Puan Noorin Badaruddin, Timbalan Pendakwa Raya yang bertanggung-jawab mengendalikan kes liwat Dato' Seri Anuar Ibrahim, kes bunuh dan rogol Canny Ong serta kes di bawah Akta Hasutan yang melibatkan Karpal Singh. Ketibaan kami sememangnya disambut baik oleh para pegawai dan staff unit tersebut. Kami turut diperkenalkan dengan unit tersebut yang baru 1 tahun ditubuhkan. Untuk makluman, unit ini akan menguruskan pendakwaan kes berprofil tinggi iaitu kes yang melibatkan kepentingan masyarakat seperti kes yang disebutkan di atas. Semasa sesi dialog diadakan, Puan Noorin menjelaskan kepada kami bahawa seorang Pendakwa Raya mempunyai hak untuk mendakwa seseorang di bawah seksyen berapa sekalipun. dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan perkara tersebut. Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalan yang dikemukakan oleh wakil delegasi yang bertanyakan tentang pertikaian pertuduhan terhadap kes Dato' Seri anuar Ibrahim.

Puan Noorin menyambut ketibaan kami


sesi dialog: salah seorang perserta rombongan bertanyakan soalan


Delegasi dibawa melawat sekitar Unit Bicara Dan Rayuan


bergambar kenangan bersama para pegawai Unit Bicara dan Rayuan

Pada sebelah petangnya, kami ke Kementerian Pengajian Tinggi dan pada sebelah malamnya kami ke Residence Hotel untuk makan malam bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Melalui kedua-kedua sesi tersebut kami berpeluang untuk membawa suara warga UNISZA serta FLAIRIANS khususnya dalam pelbagai perkara. Melalui sesi dialog lebih 2 jam itu kami melihat sinar harapan apabila Dato' Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kesudian beliau untuk membantu kita terutamanya dalam hal berkaitan pengiktirafan program ijazah undang-undang serta pelbagai masalah lain lagi.


di Kementerian Pengajian Tinggi

ketibaan Dato' Saifuddin Abdullah



Pada 30 Julai, kami telah ke Pejabat Kurnia Insurans yang mana kami melihat banyak peluang pekerjaan yang boleh diperoleh di sana. hal ini kerana menurut rekod dan statistik mereka mempunyai kira-kira 30 orang pekerja berkelulusan undang-undang. Malah ada yang pernah berkhidmat sebagai peguam sebelum ini. Pihak mereka juga mengalu-alukan penyertaan kita untuk menjadi ahli Kurnia.

mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil Kurnia Insurans

Mr Eddie Lim, salah seorang wakil Kurnia

Tuntasnya, lawatan selama 3 hari 2 malam ini sangat bermakna kerana banyak input yang kami peroleh dan diharapkan agar kami dapat memanfaatkannya untuk kepentingan kita bersama. insyaAllah.

sehingga bertemu lagi..:)