Featured Posts

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if the home still lays collateral...

Read more

Palm’s latest model, new handheld in a long time. Palm’s latest model, the TX, is its most ambitious new handheld in a long time. This isn’t because it’s full of cutting-edge features. It certainly is not. However, very few mid-range models have...

Read more

An image in a post Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam...

Read more

Home Purchase Loan We all dream to own a home, at some point in our lives. In fact, this is a major driving force or one of the goals we have ahead while working day and night and saving a good share of the earnings every...

Read more

Sunday, February 28, 2010

PIMPINAN BARU FLAIRSOC

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA :))

Seperti yang semua maklum, pada 11 februari 2010 FLAIRSOC telah mengadakan AGM terakhir bersama pimpinan lama FLAIRSOC. Pada malam tersebut juga telah diadakan majlis rapat umum dan pembuangan undi untuk memilih pimpinan baru FLAIRSOC yang diharapkan dapat meneruskan perjuangan mantan pimpinan.

Pada 12 Februari 2010 (selasa), keputusan pilihanraya telah diumumkan dan pada petang tersebut juga pimpinan baru FLAIRSOC telah bermesyuarat untuk menyusun organisasi baru FAIRSOC. Berikut adalah organisasi pimpianan FLAIRSOC yang baru:

PRESIDEN

MUHAMMAD ADIB AIMAN BIN BADRUL SHAHAR (DEGREE 4)


TIMBALAN PRESIDEN 1

ANIS SOFIAH BINTI CHE HASHIM (DEGREE 4)


TIMBALAN PRESIDEN 2

MUHAMMAD FIRDAUS BIN R AZMI (DEGREE 4)


SETIAUSAHA AGUNG 1

NURUL HIDAYAT BINTI MAT NAWI (DEGREE 2)


SETIAUSAHA AGUNG 2

LOKMAN AIMAN BIN KARJOO (DIPLOMA 4)


BENDAHARI KEHORMAT

ZUHAFIZAH BINTI KAMALUDIN (DEGREE 6)


EXCO AKADEMIK

FAZIDATULAIDA BINTI MAT YAZID (DEGREE 2)


EXCO MODAL INSAN

NUR SYAHIDAH BINTI MOHAMMAD (DEGREE 6)


EXCO SUKAN

MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN MD NASIR (DEGREE 4)


EXCO KEBAJIKAN & KEROHANIAN

NUR FARHANA BINTI NAZARI (DEGREE 4)


EXCO DEBAT

SALMI BINTI ABDUR RAHMAN (DIPLOMA 4)


EXCO MUT & CLIENT COUNSELLING

MOHAMAD HAFIZ BIN ISHAK (DEGREE 4)


EXCO ALSA & SERANTA

MOHD ALIFF BIN BAHARUDDIN (DEGREE 4)


EXCO HELWANIS

SITI NUR FARAH ATIQAH BINTI SALLEH (DIPLOMA 2)


EXCO PUBLISITI

SITI NOR HIDAYAH BINTI AWAWI (DEGREE 4)


EXCO EKONOMI

MOHD AZRAEI BIN MD YUSUF (DEGREE 4)


EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

MOHD FIKRI BIN ARIFF (DIPLOMA 2)


*Keputusan di atas dibuat berdasarkan undian FLAIRIANS dan persetujuan bersama barisan pimpinan baru FLAIRSOC.

Di kesempatan ini, kami pimpinan baru FLAIRSOC mengucapkan ribuan terima kasih kepada FLAIRIANS yang telah memilih kami untuk berada di posisi ini dan sesungguhnya kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik demi FLAIRSOC yang kita sayangi dan untuk itu kami amat mengharapkan sokongan, kritikan dan candangan daripada anda FLAIRIANS..

Akhir kalam, terima kasih kepada pimpinan lama FLAIRSOC di atas segala usaha dan sumbangan kalian selama ini dan InsyaALLAH kami akan meneruskan perjuangan kalian.Buat pimpinan baru FLAIRSOC, selamat menjalankan tugas :))

Monday, February 08, 2010

Program – Mesyuarat Agung Tahunan FLAIRSOC

Perhatian kepada semua pelajar undang-undang atau FLAIRIANS, satu program MESYUARAT AGUNG TAHUNAN FLAIRSOC akan diadakan seperti butiran berikut:

> Tarikh: 08 Februari 2010 (Isnin)
> Masa: 07.45 mlm – 11.30 mlm
> Tempat: Blok Othman, Bilik 04 & 05, Kampus KUSZA, UDM
> Dirasmikan oleh: YBhg. Dekan FUHA, Pn. Noraida Binti Harun

Tentetif program adalah seperti beikut:

> 07.45 mlm: kehadiran pelajar, pensyarah & Penaung Program
> 08.00 mlm: ucapan alu-aluan pengerusi majlis & bacaan Al-Quran
> 08.10 mlm: bacaan doa
> 08.15 mlm: ucapan alu-aluan & penghargaan oleh Presiden FLAIRSOC
> 08.20 mlm: ucapan alu-aluan & perasmian oleh Penaung Program, Dekan FUHA
> 08.30 mlm: Mesyuarat Agung Tahunan FLAIRSOC KE-18 SESI 2009 / 2010
> 10.00 mlm: sesi soal jawab
> 10.30 mlm: majlis rapat umum
> 11.00 mlm: pembuangan undian
> 11.30 mlm: bersurai

Semua pelajar hendaklah berpakaian formal dan kehadiran diambil kerana pada malam tersebut akan diadakan undian untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa FLAIRSOC Sesi 2010 / 2011. Harap maklum dan kerjasama amat dihargai. Terima kasih.

Pencalonan Ahli Jawatankuasa FLAIRSOC SESI 2010 / 2011

Kepada mana-mana pihak yang ingin bertanding dalam PILIHAN RAYA FAKULTI untuk FLAIRSOC Sesi 2010 / 2011, anda boleh mengambil Borang Pencalonan di Pejabat FUHA bermula dari hari ini, 07 Februari 2010. Borang yang diambil mestilah diisi dengan maklumat yang tepat dan betul serta menggunakan pen berdakwat hitam sahaja. Hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Agung 1, Nor Raihan Binti Mohd Yusof, LLB Part 4 selewat-lewatnya pada 08 Februari 2010 iaitu sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan FLAIRSOC Sesi 2009 / 2010 yang terakhir. Calon yang layak bertanding adalah mempunyai tidak kurang dari 2.70 CGPA bagi keputusan semester sebelumnya. Sila sertakan 1 salinan keputusan peperiksaan tersebut dan 1 salinan kad matriks, serta tandatangan daripada Ketua Jabatan / Penyelaras Program sebagai tanda sokongan. Harap maklum dan kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Wednesday, February 03, 2010

Program Pengucapan Awam & Teknik Temuduga

FLAIRSOC sekali lagi dengan kerjasama FUHA telah berjaya mengadakan satu program modal insane yang mana memberikan faedah kepada pelajar undang-undang iaitu Program Pengucapan Awam & Teknik Temuduga. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh En. Shamsul Amri Bin Ismail, Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Program ini adalh anjuran terakhir kalinya oleh FLAIRSOC sesi 2008 / 2009. Maklumat program adalah seperti berikut:
 Tarikh: 29 Januari 2010, Jumaat
 Masa: Slot 1= Pengucapan Awam 8.00 pagi – 10.15 pagi
 Slot 2= Teknik Temuduga 11.00 pagi – 12.30 tengahari
 Tempat: Oth01, Kampus KUSZA, UDM
 Pengelola: Biro Modal Insan
Pengisian yang telah disampaikan adalah berkenaan teknik-teknik dan asas untuk berucap serta teknik menghadapi temuduga. Antara elemen penting yang ditekankan ialah:
 Seni pengucapan awam
 Takut dan nervous itu adalah normal
 Menangani nervous
 Pengucapan awam yang beretika
 Demografi pendengar
 Penampilan diri untuk ke temuduga
 Soalan lazim ketika ditemuduga

Program telah tamat pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penggambaran selepas penyampaian cenderahati yang diberikan oleh Cik Kamaliah Binti Salleh, Pensyarah Undang-Undang. Semoga dapatan yang diterima dapat dimanfaatkan untuk masa hadapan.